Pages

Thursday, October 28, 2010

KARNIVAL IKBN BERSAMA RAKYAT DI IKBN BANDAR PENAWAR

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia kepada semua. Ini adalah portal tidak rasmi IKBN Bandar Penawar. Untuk makluman tuan-tuan semua, IKBN Bandar Penawar akan mengadakan satu karnival yang di namakan Karnival IKBN Bersama Rakyat yang akan diadakan pada 12 hingga 14 November 2010. Di bawah ini adalah layout mengenai karnival tersebut:


Karnival ini akan melibatkan penyertaan dari semua IKBN di seluruh semenanjung Malaysia. Selain dari itu terdapat juga beberapa agensi luar yang aan turut datang untuk mengadakan pameran dan demonstrasi. Antara aktiviti yang bakal diadakan termasuklah:

1. Derma darah
2. Pertunjukan Kereta Lumba
3. Pendaftaran Online bagi kemasukan ke IKBN.
4. Pertandingan Futsal
5. Pertandingan Bola Jaring
6. Pertandinagan Gubahan
7. Pertandingan Kugiran (Battle Of The Band)
8. Auto Show
9. Pertandingan Karaoke

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan-pertandingan tersebut, Borang akan di keluarkan sedikit masa lagi. Atau anda boleh terus berhubung dengan pihak IKBN Bandar Penawar di talian 07-822 1567.


Sekian Terima Kasih.....