Wednesday, March 27, 2013

Orang kate yang belajar di IKBN ni budak yang lemah..betol ke?

Salam 1 Belia 1 Malaysia.

Melihat pada tajuk post kali ni mungkin boleh menaikkan suhu darah budak-budak IKBN kan? Bukan di Penawar je..tp semua IKBN kt dunia ni! Orang slalu cakap masuk IKBN ni adalah pilihan terakhir lepas tak dapat nak sambung belajar kat mana-mana universiti, kolej dan institut yang ada. So, nak mengelak dari kene ejek..kene cemuh kt kampung..msuk jgk la ke IKBN. So, nnti bila org kampung tanya.. Mat, ko buat ape skng ni lepas SPM? Jawapnnye..Sambung belajar la.

Ok, kita singkap sekejap sejarah beberapa puluh tahun dahulu masa mula-mula IKBN nak ditubuhkan. Tujuan penubuhan IKBN ni ada banyak yang telah digariskan. Salah satu darinya adalah nak memberi kemahiran kepada belia-belia yang tercicir dari melanjutkan pengajian ke mana-mana selain IKBN. In fact, tujuan sebenarnya tu adalah nak mengelakkan negara kita ni dipenuhi oleh belia-belia yang menjalankan aktiviti yang tak berfaedah contohnya; melepak, merempit dan sebagainya la. So, bila mereka yang tercicir ni sudah berada di dalam IKBN maka secara otomatik nya tak ada la yang melepak..sebab IKBN dah sediakan asrama. So, alang-alang mereka semua dah ada dalam IKBN, maka kerajaan pon berusaha untuk mengubah mereka semua menjadi lebih baik bukan sahaja dari segi kemahiran tapi dari segi akhlak juga. Sebab itu la dalam banyak-banyak institut kemahiran yang ada di Malaysia ni, cuma IKBN je yang ada modul-modul bina insan seperti kepimpinan, kawad, agama dan sebagainya.

Ok, berbalik pada isu yang nak kita sama-sama bincangkan disini. Isunya adalah budak yang belajar kt IKBN adalah budak yang lemah. Betul atau tidak?

Orang boleh cakap je kan? Kita tak boleh nak tutup mulut orang. Tapi pedih jugak la telinga kalau selalu sangat dengar. Memang susah nak mengubah persepsi orang sekeliling. Tapi kita tetap kena ubah. Sebab kalau bukan kita yang ubah, siapa lagi nak ubah? Dari dulu orang cakap siapa-siapa masuk IKBN mesti budak lemah! Sampai bila kita nak biar orang cakap macamtu. Biar orang cakap siapa-siapa masuk IKBN ni lemah, tapi keluar sebagai insan yang kuat! Paling hebat! Boleh buat apa sahaja orang hebat boleh buat dan boleh juga buat apa yang orang hebat tak boleh buat!

Kita tak mampu nak mengubah sejarah. Apa yang dah berlaku dalam hidup kita memang tak boleh nak di ubah. Paling-paling tak pon hanya boleh meminta maaf. Tapi kalau kesalahan itu dilakukan oleh kita kepada diri kita sendri, bukan satu benda yang mudah untuk dimaafkan. Kita mudah untuk memaafkan orang lain. Tapi kita sangat payah untuk memaafkan diri kita sendiri. Jadi, benda yang boleh kita lakukan supaya kesalahan masa lalu dapat dimaafkan adalah berjanji pada diri yang kita akan memberikan penghargaan yang pada diri kita ini pada masa hadapan. Bermula dari hari pertama kita sedar bertapa bodohnya kita pada masa lalu. Kita mulakan dengan satu azam yang baru. Azam yang mampu untuk dicapai untuk memaafkan diri kita yang telah kita siakan pada masa dahulu. Kalau umur sekarang baru 19 tahun, Alhamdulillah kita sedar awal. Kalau dah menjangkau umur 30 juga masih belum terlewat untuk mencari kemaafan bagi diri sendiri. Biar lewat daripada tiada langsung.

Hari ini kita di IKBN bukan untuk penuhi kehendak mak bapak, bukan sebab nak dapat elaun tiap-tiap bulan. Tapi hari ini kita di IKBN adalah untuk memberi peluang kepada diri sendiri untuk memaafkan kesalahan yang lalu dengan berjanji akan memberi yang terbaik agar diri ini mampu untuk menerima yang terbaik. Percaya pada apa yang kita lakukan.

Kalau semua pelajar IKBN boleh memberikan komitmen yang sepatutnya di tuntut, satu hari nnti akan ramai yang lebih berjaya di kalangan pelajar-pelajar IKBN. Dan pada masa itu lah kita mampu untuk mengubah persepsi masyarakat yang IKBN bukan lagi tempat orang-orang lemah!!