Assalamualaikum…kali ni saya nak
bercerita pula pasal kehidupan seharian pelajar di IKBN. So, maklumat ni
mungkin berguna untuk sesiapa yang rasa ingin tahu tentang kehidupan di IKBN
sebelum mereka masuk ke mana-mana IKBN yang mereka suka. Kira ni macam nak
survey la samada boleh masuk dengan jiwa korang ke tak. Takut kang tak tau cara
kehidupan kt IKBN ni main masuk je. Lepas seminggu minta berhenti sebab tak
tahan ke boring ke tak best ke atau best sangat ke kan..mana lah tau.
Ok, kita mulakan kehidupan harian
kita di IKBN ya. Semua pelajar IKBN diwajibkan untuk menunaikan solat berjemaah
bagi waktu Subuh, Maghrib dan Isyak di Surau. Yang lagi dua waktu tu, Zohor dan
Asar tidak diwajibkan dilakukan secara berjemaah di surau. Tapi tidak diwajibkan
bukan bermakna tak boleh buat ye. Kena faham betul-betul. Oh ya, peraturan ini
hanya untuk pelajar yang beragama Islam sahaja.
Jadi, jadual mereka akan bermula seawal jam 5.30 pagi. Mereka akan dikejutkan untuk bersiap sedia: mandi dan berwuduk dan seterusnya ke surau. Giliran yang menjadi bilal dan imam juga ditentukan. Jadi, yang lelaki akan silih ganti menjadi imam dan bilal. Ibubapa kalau baca ni mesti suka. Tapi anak-anak kita macamana pula?
Lepas selesai solat subuh di
surau, semua pelajar akan ke dewan makan untk bersarapan pagi. Selapas sarapan
pagi terus bersiap untuk ke bengkel masing-masing.
Sebelum ke bengkel, satu
perhimpunan pagi akan dijalankan iaitu pada jam 7.30 pagi yang dikelolakan oleh
Peg, Kesatria. Yang ni tak boleh lambat, kalau lambat kena la denda. Lepas buat
squad check, nyanyi lagu Kebangsaan. Mereka pun berlalulah ke bengkel
masing-masing dengan perasaan yang bercampur-campur. Kenapa? Sebab ada yang
kena denda tu..perasaan dendam, benci, marah semua ada. Tapi untuk yang kena
puji sebab barisan kemas, berdisiplin akan berlalu dengan sejambak senyuman di
hati dan bibir.
Ok, lepas tu mereka pun
menjalankan latihan kemahiran di bengkel masing-masing. Pukul 10.00 pagi akan
berehat untuk minum pagi pulak. Ada yang ke dewan makan ada juga yang menjamu
selera di Kafeterian sahaja. 10.30 pagi kelas akan bermula semula sehingga jam
12.30 tngh. Kemudian mereka berehat semula selama satu jam setengah sehingga
pukul 2 petang. So, dalam tempoh rehat tersebut mereka akan makan tengahari,
tido kalau sempat, solat zohor dan bersedia untuk ke kelas semula.
Ok, bermula la waktu yang
mencabar bagi pengajar-pengajar. Kenapa? Sebab kelas petang ni la yang
menyebabkan pengajar naik angin pasal pelajar sengaja datang lewat dengan
alasan yang menyakitkan hati. Tertidur, solat lama sangat, basuh baju dan
macam-macam lagi. Lepas denda semua, kelas pun bermula bagi sesi petang
sehingga jam 5 petang.
Pada waktu petang pula, pelajar
biasanya menjalankan aktiviti sendiri. Dan biasanya aktiviti mereka adalah
beriadah termasuklah pengajar-pengajar juga. Ada yang bermain sukan, ada yang
berjogging, ada yang berjalan sahaja dan macam-macam lagi. Tapi bagi sesetengan
IKBN ada yang menjalankan latihan sukan untuk menghadapi kejohanan sukan IKBN
SeMalaysia yang dijalankan setiap tahun.
Selesai aktiviti petang, mereka
makan di dewan makan. Dan seterusnya bersiap untuk ke surau bagi menunaikan
solat Maghrib berjemaah pula. Biasanya akan ada sahaja pelajar yang kene denda
sebab lewat dan tak hadir. Aktiviti surau akan dipantau oleh warden dan ustaz
atau ustazah yang bertugas. Aktiviti disurau akan terus berjalan sehingga waktu
Isyak.
Selepas selesai solat Isyak,
mereka sekali lagi akan ke dewan makan untuk menjamu selera minum malam. Dan
selepas itu, pelajar akan melakukan aktiviti sendiri sampai lah jam 11 malam.
Tepat jam 11 malam semua pelajar mesti sudah berada di dalam bilik
masing-masing dan dalam keadaan senyap.
Warden akan melakukan pemeriksaan
di asrama bagi memastikan keadaan terkawal.
Begitulah sehari kehidupan
pelajar di IKBN. Itu rutin biasa. Belum masuk spot check atau apa-apa yang
difikirkan perlu dilakukan.
Macamana? Agak-agak seronok tak
hidup dalam IKBN ni? Fikirkanlah sendiri ya. Ada sebab benda yang dilakukan tu
dilakukan.
Bak kata orang, nak belajar dekat
mana-mana pun boleh belajar, pokok pangkalnya hati kita nak belajar atau tak?
No comments:
Post a Comment