IKBN..bkn bercakap pasal yg terletak di selatan tanah air je..tp kita bercakap pasal semua IKBN seMalaysia. Apa yang menarik tentang IKBN sebenarnya? Ops,sebelum tu..saya nak minta maaf sebab dah lama sangat tak update blog ni. Sebenarnya blog ni dihasilkan adalah untuk mempromosi tentang Hari IKBN Bersama Rakyat pada 2011 yg lepas. Sebab tu lah blog ni senyap selepas peristiwa itu..
Tak pe, itu bukan isunya sekarang. Isu yang ingin dikatakan dan dikongsikan adalah apakah parkara yang menarik yang boleh menjadikan IKBN sebagai sebuah pusat latihan kemahiran yang BEST?
Soalan untuk pelajar-pelajar dan bekas-bekas pelajar IKBN semua..adakah belajar di IKBN ni satu perkara yang baik untuk anda?
Biar saya ambil masa sedikit bercerita tentang IKBN. Antara IKBN yang pernah saya lawati adalah IKBN Bandar Penawar, IKBN Sri Iskandar, IKBN Alor Gajah dan IKBN Kuala Langat. Antara keempat-empat IKBN yang pernah saya lawati, yang paling menarik adalah IKBN Alor Gajah. Sebabnya adalah persekitarannya yang cantik, fasiliti yang lengkap, sistem pengawalan pelajarnya yang effisyen dan sebagainya. Ini mungkin kerana ia adalah sebuah IKBN yang sudah lama berbanding IKBN-IKBN lain yang pernah saya lawati. Perkara yang saya paling minat di IKBN Alor Gajah adalah semangat bersatu antara pelajarnya yang sangat mengagumkan. Tahniah pada pihak pengurusan Hal Ehwal Penajar IKBN Alor Gajah yang patut dicontohi oleh IKBN-IKBN lain.
Ok, selain dari itu. Mungkin ada yang sedang mambaca artikel ini tidak tahu langsung tentang IKBN. IKBN adalah tempat belajar kemahiran. Kemahiran apa? Itu anda semua kena lah lawati lawan sesawang IKBN-IKBN yang ada. Selain dari itu, ok..IKBN berbeza dengan pusat latihan kemahiran yang lain. Yang paling ketara adalah Kementeriannya. IKBN bernaung di bawah payung Kementerian Belia dan Sukan yang pada ketika ini menterinya adalah Dato Sri Ahmad Shabery Bin Cheek. Perbezaan yang paling ketara adalah selain mempelajari kemahiran yang diceburi. Terdapat beberapa perkara lain yang turut ditekankan diIKBN. Antaranya adalah elemen 3K yang selalu disebut oleh Perdana Menteri kita. Iaitu K yang pertama, Kemahiran. K yang ke2 adalah Keusahawanan dan K yang terakhir adalah Kepimpinan. KBS mempraktikkan perlaksanaan perbelajarana secara Bersepadu yang mana mampu melahirkan pelajar bkn sahaja pakar dalam kemahiran, malah mampu untuk mengorak langkah menjadi usahawan dan pemimpin yang baik. Oleh kerana itu, pelajar IKBN akan sentiasa didedahkan dengan dunia sebenar industri semasa yang sentiasa manuju kehadapan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh IKBN adalah program-program yang mana tujuannya adalah untuk memberi kesedaran dan kesediaan kepada pelajar-pelajar. Antara
aktiviti yang sentiasa dijalankan adalah Program Citra Ibadah, Program Sukan IKBN seMalaysia, Program Kepimpinan, Program Kursus Latihan Jangka Pendek dan sebagainya.
Pendek kata, sebelum saya menghabiskan penulisan kali ini. Terdapat beberapa kelebihan dan kemudahan yang anda boleh nikmati bila anda melanjutkan pelajaran di IKBN atau dimana sahaja anda belajar. Pokoknya, hati mesti bersih. Mesti kuatkan semangat bahawa datang ke IKBN adalah untuk belajar dan keluar sebagai orang yang mampu untuk mengorak langkah untuk terus berjaya. Jadikan segala yang mendatang samada baik atau kurang baik adalah sebagai cabaran dan pembakar semangat untuk anda terus berjaya. Kejayaan bukanlah satu destinasi yang perlu anda kejar, tetapi kejayaan adalah satu perjalanan yang perlu anda lalui. Dan untuk menikmati perjalanan sebagai orang yang berjaya bukannya mudah. Memetik kata-kata seorang yang saya kagumi "buatlah yang terbaik, dengan cara berbaik-baik, tapi baik-baik!"
Sekian sahaja dari saya, moga kita bertemu lagi.
p/s: Tahniah kepada IKBN-IKBN yang berjaya menjalankan program pendaftaran pelajar baru bagi sesi 2/2012 pada 02/07/2012 yang lalu.
Admin.