Pages

Wednesday, August 27, 2014

Rutin Kehidupan Di IKBN


Assalamualaikum…kali ni saya nak bercerita pula pasal kehidupan seharian pelajar di IKBN. So, maklumat ni mungkin berguna untuk sesiapa yang rasa ingin tahu tentang kehidupan di IKBN sebelum mereka masuk ke mana-mana IKBN yang mereka suka. Kira ni macam nak survey la samada boleh masuk dengan jiwa korang ke tak. Takut kang tak tau cara kehidupan kt IKBN ni main masuk je. Lepas seminggu minta berhenti sebab tak tahan ke boring ke tak best ke atau best sangat ke kan..mana lah tau.

Ok, kita mulakan kehidupan harian kita di IKBN ya. Semua pelajar IKBN diwajibkan untuk menunaikan solat berjemaah bagi waktu Subuh, Maghrib dan Isyak di Surau. Yang lagi dua waktu tu, Zohor dan Asar tidak diwajibkan dilakukan secara berjemaah di surau. Tapi tidak diwajibkan bukan bermakna tak boleh buat ye. Kena faham betul-betul. Oh ya, peraturan ini hanya untuk pelajar yang beragama Islam sahaja.

Jadi, jadual mereka akan bermula seawal jam 5.30 pagi. Mereka akan dikejutkan untuk bersiap sedia: mandi dan berwuduk dan seterusnya ke surau. Giliran yang menjadi bilal dan imam juga ditentukan. Jadi, yang lelaki akan silih ganti menjadi imam dan bilal. Ibubapa kalau baca ni mesti suka. Tapi anak-anak kita macamana pula?

Lepas selesai solat subuh di surau, semua pelajar akan ke dewan makan untk bersarapan pagi. Selapas sarapan pagi terus bersiap untuk ke bengkel masing-masing.

Sebelum ke bengkel, satu perhimpunan pagi akan dijalankan iaitu pada jam 7.30 pagi yang dikelolakan oleh Peg, Kesatria. Yang ni tak boleh lambat, kalau lambat kena la denda. Lepas buat squad check, nyanyi lagu Kebangsaan. Mereka pun berlalulah ke bengkel masing-masing dengan perasaan yang bercampur-campur. Kenapa? Sebab ada yang kena denda tu..perasaan dendam, benci, marah semua ada. Tapi untuk yang kena puji sebab barisan kemas, berdisiplin akan berlalu dengan sejambak senyuman di hati dan bibir.

Ok, lepas tu mereka pun menjalankan latihan kemahiran di bengkel masing-masing. Pukul 10.00 pagi akan berehat untuk minum pagi pulak. Ada yang ke dewan makan ada juga yang menjamu selera di Kafeterian sahaja. 10.30 pagi kelas akan bermula semula sehingga jam 12.30 tngh. Kemudian mereka berehat semula selama satu jam setengah sehingga pukul 2 petang. So, dalam tempoh rehat tersebut mereka akan makan tengahari, tido kalau sempat, solat zohor dan bersedia untuk ke kelas semula.

Ok, bermula la waktu yang mencabar bagi pengajar-pengajar. Kenapa? Sebab kelas petang ni la yang menyebabkan pengajar naik angin pasal pelajar sengaja datang lewat dengan alasan yang menyakitkan hati. Tertidur, solat lama sangat, basuh baju dan macam-macam lagi. Lepas denda semua, kelas pun bermula bagi sesi petang sehingga jam 5 petang.

Pada waktu petang pula, pelajar biasanya menjalankan aktiviti sendiri. Dan biasanya aktiviti mereka adalah beriadah termasuklah pengajar-pengajar juga. Ada yang bermain sukan, ada yang berjogging, ada yang berjalan sahaja dan macam-macam lagi. Tapi bagi sesetengan IKBN ada yang menjalankan latihan sukan untuk menghadapi kejohanan sukan IKBN SeMalaysia yang dijalankan setiap tahun.

Selesai aktiviti petang, mereka makan di dewan makan. Dan seterusnya bersiap untuk ke surau bagi menunaikan solat Maghrib berjemaah pula. Biasanya akan ada sahaja pelajar yang kene denda sebab lewat dan tak hadir. Aktiviti surau akan dipantau oleh warden dan ustaz atau ustazah yang bertugas. Aktiviti disurau akan terus berjalan sehingga waktu Isyak.

Selepas selesai solat Isyak, mereka sekali lagi akan ke dewan makan untuk menjamu selera minum malam. Dan selepas itu, pelajar akan melakukan aktiviti sendiri sampai lah jam 11 malam. Tepat jam 11 malam semua pelajar mesti sudah berada di dalam bilik masing-masing dan dalam keadaan senyap.

Warden akan melakukan pemeriksaan di asrama bagi memastikan keadaan terkawal.
Begitulah sehari kehidupan pelajar di IKBN. Itu rutin biasa. Belum masuk spot check atau apa-apa yang difikirkan perlu dilakukan.

Macamana? Agak-agak seronok tak hidup dalam IKBN ni? Fikirkanlah sendiri ya. Ada sebab benda yang dilakukan tu dilakukan.

Bak kata orang, nak belajar dekat mana-mana pun boleh belajar, pokok pangkalnya hati kita nak belajar atau tak?   

Thursday, June 12, 2014

Percintaan Budak IKBN...menarik?

Ok..aku rase macam menarik la topik kali ni. Atau aku sorang je rase macam tu? Hm, xpe la..aku tak kisah pon. Tapi mmg menjadi lumrah sebenarnya dalam satu institut tu tak kira dimana pon, msti akan berlaku benda-benda macam ni. Bercinta. Aku baru lagi dalam IKBN ni. So, tak tau sangat pasal pasangan yang pernah bercinta di IKBN yang boleh terus bercinta sehingga ke jinjang pelamin. Aku tak pasti samada ada atau tidak. 

Apa yang nak aku kongsikan dalam post kali ni lebih kepada pasangan romantis IKBN yang berpacaran tak kira di dalam institut mahupun di luar. Macam-macam perangai yang boleh kita tengok. Bercinta itu ok...boleh jadi macam-macam. Ada orang bercinta sebab nak cari inspirasi, motivasi, menghilangkan kesunyiam, melengkapkan hidup dan macam-macam lagi la sebabnya.

Dah banyak cerita percintaan yang sudah aku saksikan di dalam IKBN ni. Ada yang menarik, ada yang kelakar ada jgk yang tragis. 

Apa yang menarik? Aku pernah saksikan percintaan yang matang antara satu sama lain antara pelajar. Memang menjadi inspirasi bukan sahaja pada pasangan tersebut, malah pada sesiapa sahaja yang menyaksikannya. Yang lelaki belajar mekanikal, yang wanita belajar hiasan dalaman. Satu gabungan menarik bukan? hehehe... ya, satu percintaan yang matang yang mereka tunjukkan. Tapi, cerita kalau tentang kematangan memang kurang menarik kalau nak diceritakan..betul tak?

Jadi aku tukar pada topik percintaan yang lagi satu ni. Percintaan yang kelakar antara pelajar IKBN. Bila kita bercakap pasal ketidakmatangan percintaan. Biasanya yang tak matang tu mesti lelaki kn? Yup, mmg betul pun! Yang lelaki ni jurusan sukan manakala yang wanita pula multimedia. Macamana dengan gabungan ini? Ok ke tak? Ok la kan. Apa yang tak matangnya? Ok, macamni... Kenal baru seminggu dua..terus bercinta. Dalam tempoh tak sampai setahun..3 kali clash! Macamana tu? Clash sebab apa? Ok korang nilai sendiri k... Biasanya yang menyebabkan mereka bergaduh.. lambat balas sms. Kemudian, yang menyebabkan mereka putus..bila wanita puji lelaki lain hensem! Siapa lelaki yang dia puji tu? Izzue Islam! Dah mmg Izzue Islam tu hensem...yang si pakwe dia nak jelous tu kenapa? Makwe dia ckp Izzue Islam hensem pn tak terjejas la kehenseman awak tu pakwe oi. Itu kali pertama clash..pastu rujuk blek! hehehe... Tak lama...2 bulan, putus balik! Sebabnya hampir sama. Tapi lebih dashat lg! Kali ni yang pakwe nya stalker fb si makwe.. dlm fb tu makwe puji seorang laki tu hensem! Cerita hampir sama bukan? Tapi nak tau siapa yang dia puji tu? Penyanyi K-Pop! Itu pun nak jelous ke? Hadoi...

Ok la..aku tak banyak masa ni. Ada hal yang lebih penting nak kena settlekan. Tapi tu la..nak bercinta ni bukan tak boleh. Kena ada sempadannya. Ada satu pasangan ni yang berasal dari IKBN dah berkahwin pun. Dah ada anak dah pun. Tp itu bukan antara pelajar dengan pelajar. Itu antara pengajar dengan pelajar. Pengajar dengan pengajar pun ada. Aku dah tengok. Cuma antara pelajar dengan pelajar aku blum jumpa lagi. Mungkin ada. Cuma aku tak tau.

Bercinta tu boleh. Kena ada prinsipnya. Kalau tak ada. Itu bukan manusia yang bercinta..itu syaitan! Pernah dengar pelajar wanita kena rogol bergilir-gilir? Pelajar wanita hantar gambar tak senonoh pada pasangan yang duduk di banggunan asrama bersebelahan? Kemudian gambar tu dijadikan modal untuk mengugut wanita tersebut untuk menyerahkan badan pada lelaki itu. Atas dasar apa pada mulanya? Atas dasar cinta!

Dik, cinta itu sesuatu nikmat yang di beri. Bersyukur lah sebab kita dicintai oleh orang yang kita cintai. Pelihara cinta yang ada dengan baik..sebaiknya. Cinta jadikan sebagai modal untuk kita berjaya. Cinta dijadikan sebagai satu sumber inspirasi supaya kita lebih kuat berusaha. Peliharalah kehormatan. Kehormatan yang hilang tak dapat diganti dik... Pakwe makwe hilang boleh diganti. Jika ada cinta dalam hati, bersyukurlah sbb diberi peluang untuk merasai nikmat percintaan. Suburkan cinta dengan perkara-perkara yang baik. Jangan senang-senang serahkan mahkota yang ibubapa pelihara dari baru lahir hingga dewasa pada lelaki yang hanya mahukan nikmat dunia. Berfikir panjang dahulu sebelum mengambil tindakan. Jangan terburu-buru. Masih banyak masa..adik masih muda.

Baik lelaki atau wanita. Ingatlah, cinta itu adalah nikmat. Nikmat yang Allah beri kepada kita. Nikmat boleh jadi dugaan atau ujian untuk menguji tahap keimanan seseorang. Yang pentingnya, jagalah diri. Jauhi perkara-perkara maksiat atau perkara yang menjerumus kepada maksiat.

Ketahuilah dibahu kita ni ada tanggungan yang besar yang diserahkan kepada kita. Harapan ibubapa, harapan negara, harapan agama dan harapan masa hadapan kita sendiri. Beringat lah........