Pages

Wednesday, August 27, 2014

Rutin Kehidupan Di IKBN


Assalamualaikum…kali ni saya nak bercerita pula pasal kehidupan seharian pelajar di IKBN. So, maklumat ni mungkin berguna untuk sesiapa yang rasa ingin tahu tentang kehidupan di IKBN sebelum mereka masuk ke mana-mana IKBN yang mereka suka. Kira ni macam nak survey la samada boleh masuk dengan jiwa korang ke tak. Takut kang tak tau cara kehidupan kt IKBN ni main masuk je. Lepas seminggu minta berhenti sebab tak tahan ke boring ke tak best ke atau best sangat ke kan..mana lah tau.

Ok, kita mulakan kehidupan harian kita di IKBN ya. Semua pelajar IKBN diwajibkan untuk menunaikan solat berjemaah bagi waktu Subuh, Maghrib dan Isyak di Surau. Yang lagi dua waktu tu, Zohor dan Asar tidak diwajibkan dilakukan secara berjemaah di surau. Tapi tidak diwajibkan bukan bermakna tak boleh buat ye. Kena faham betul-betul. Oh ya, peraturan ini hanya untuk pelajar yang beragama Islam sahaja.

Jadi, jadual mereka akan bermula seawal jam 5.30 pagi. Mereka akan dikejutkan untuk bersiap sedia: mandi dan berwuduk dan seterusnya ke surau. Giliran yang menjadi bilal dan imam juga ditentukan. Jadi, yang lelaki akan silih ganti menjadi imam dan bilal. Ibubapa kalau baca ni mesti suka. Tapi anak-anak kita macamana pula?

Lepas selesai solat subuh di surau, semua pelajar akan ke dewan makan untk bersarapan pagi. Selapas sarapan pagi terus bersiap untuk ke bengkel masing-masing.

Sebelum ke bengkel, satu perhimpunan pagi akan dijalankan iaitu pada jam 7.30 pagi yang dikelolakan oleh Peg, Kesatria. Yang ni tak boleh lambat, kalau lambat kena la denda. Lepas buat squad check, nyanyi lagu Kebangsaan. Mereka pun berlalulah ke bengkel masing-masing dengan perasaan yang bercampur-campur. Kenapa? Sebab ada yang kena denda tu..perasaan dendam, benci, marah semua ada. Tapi untuk yang kena puji sebab barisan kemas, berdisiplin akan berlalu dengan sejambak senyuman di hati dan bibir.

Ok, lepas tu mereka pun menjalankan latihan kemahiran di bengkel masing-masing. Pukul 10.00 pagi akan berehat untuk minum pagi pulak. Ada yang ke dewan makan ada juga yang menjamu selera di Kafeterian sahaja. 10.30 pagi kelas akan bermula semula sehingga jam 12.30 tngh. Kemudian mereka berehat semula selama satu jam setengah sehingga pukul 2 petang. So, dalam tempoh rehat tersebut mereka akan makan tengahari, tido kalau sempat, solat zohor dan bersedia untuk ke kelas semula.

Ok, bermula la waktu yang mencabar bagi pengajar-pengajar. Kenapa? Sebab kelas petang ni la yang menyebabkan pengajar naik angin pasal pelajar sengaja datang lewat dengan alasan yang menyakitkan hati. Tertidur, solat lama sangat, basuh baju dan macam-macam lagi. Lepas denda semua, kelas pun bermula bagi sesi petang sehingga jam 5 petang.

Pada waktu petang pula, pelajar biasanya menjalankan aktiviti sendiri. Dan biasanya aktiviti mereka adalah beriadah termasuklah pengajar-pengajar juga. Ada yang bermain sukan, ada yang berjogging, ada yang berjalan sahaja dan macam-macam lagi. Tapi bagi sesetengan IKBN ada yang menjalankan latihan sukan untuk menghadapi kejohanan sukan IKBN SeMalaysia yang dijalankan setiap tahun.

Selesai aktiviti petang, mereka makan di dewan makan. Dan seterusnya bersiap untuk ke surau bagi menunaikan solat Maghrib berjemaah pula. Biasanya akan ada sahaja pelajar yang kene denda sebab lewat dan tak hadir. Aktiviti surau akan dipantau oleh warden dan ustaz atau ustazah yang bertugas. Aktiviti disurau akan terus berjalan sehingga waktu Isyak.

Selepas selesai solat Isyak, mereka sekali lagi akan ke dewan makan untuk menjamu selera minum malam. Dan selepas itu, pelajar akan melakukan aktiviti sendiri sampai lah jam 11 malam. Tepat jam 11 malam semua pelajar mesti sudah berada di dalam bilik masing-masing dan dalam keadaan senyap.

Warden akan melakukan pemeriksaan di asrama bagi memastikan keadaan terkawal.
Begitulah sehari kehidupan pelajar di IKBN. Itu rutin biasa. Belum masuk spot check atau apa-apa yang difikirkan perlu dilakukan.

Macamana? Agak-agak seronok tak hidup dalam IKBN ni? Fikirkanlah sendiri ya. Ada sebab benda yang dilakukan tu dilakukan.

Bak kata orang, nak belajar dekat mana-mana pun boleh belajar, pokok pangkalnya hati kita nak belajar atau tak?